Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Griezmann, Reinildo bantu Atletico rampas tempat Athletic

    PALMA, SEPANYOL, 16 OKT – Jaringan Antoine Griezmann memberikan kemenangan 1-0 buat Atletico Madrid di Athletic Bilbao seterusnya membantu skuad kendalian Diego Simeone memintas lawan dari Basque ke kedudukan ketiga La Liga, kelmarin.

    Gol diperoleh Atletico memberikan keceriaan pada penghujung aksi selepas aksi bertahan baik pada penamat saingan oleh Reinildo Mandava serta tindakan menyelamat bagus Ivo Grbic yang masuk menggantikan Jan Oblak yang cedera.

    Skuad kendalian Ernesto Valverde, Athletic, kini berada di tempat keempat liga, diberikan penalti kerana bola terkena Reinildo, tetapi ia dibatalkan kerana pegawai perlawanan melihat bola terkena muka pemain pertahanan itu.

    Griezmann, yang gagal menyempurnakan penalti selain banyak peluang dalam dua perlawanan menentang Club Brugge pada Liga Juara-Juara, akhirnya gembira berjaya menjaringkan gol kemenangan.

    “Semua pemain bekerja keras, itulah kami, semua berlari bersama, menyerang bersama, kami lakukan dengan bagus,” kata pemain penyerang itu. “Kami melakukannya ketika berdepan Club Brugge juga tetapi hari ini, dibantu sedikit nasib, bola masuk ke dalam gawang.

    “Ketika berdepan Brugge, ada juga penalti dan kemudian di laman sendiri saya dapat banyak peluang. Saya memang mahu menjaringkan gol, saya mahu membantu pasukan dengan gol itu dan hari ini kami mengambil tiga mata yang diperlukan, dan sekarang, di sinilah kami, naik satu anak tangga. Esok saya akan gembira kerana anak saya akan bertanya jika saya ada menjaringkan gol, dan saya boleh beritahu dia – ya.”

    Pemain Athletic, Inaki Williams terlepas peluang menerusi tandukan manakala gol Alvaro Morata dibatalkan kerana melakukan kekasaran.

    Atletico berada tiga mata di belakang pendahulu liga, Barcelona dan Real Madrid, masing-masing mempunyai 22 mata dan akan berdepan di dalam aksi Clasico hari ini. – AFP

    Aksi pemain penyerang Atletico Madrid, Antoine Griezmann (kanan), bersaing dengan pemain Athletic Bilbao, Mikel Vesga semasa perlawanan liga bola sepak Sepanyol antara Athletic Club Bilbao dan Club Atletico de Madrid di stadium San Mames di Bilbao. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...