MADRID, 27 Jan – Antoine Griezmann sekali lagi menjaringkan gol ketika Atletico Madrid memberi tekanan ke atas Barcelona di tangga teratas La Liga dengan menewaskan Getafe 2-0, semalam.
Griezmann kini menjaringkan lapan gol dalam beberapa perlawanan, jaringan terbarunya itu membantu Atletico merekodkan kemenangan keenam mereka dalam tujuh perlawanan liga. Memberikan satu-satunya mata dalam perlawanan yang berkesudahan seri menentang Sevilla.
Saul Niguez menjaringkan gol keduanya sebelum separuh masa pertama berakhir di Wanda Metropolitano untuk melengkapkan kemenangan ke atas Getafe yang hanya tewas sekali, kepada Barcelona, dalam 12 perlawanan.
Terkenal dengan semangat kental mereka, Getafe kehilangan arah pada minit-minit akhir, apabila Djene Dakonam dan Leandro Cabrera diarah meninggalkan padang.
“Bermula awal Januari, pasukan itu beraksi dengan baik. Kami mengalami kecederaan dan saya teruja untuk memikirkan apa yang boleh kami lakukan apabila mereka kembali cergas,” kata jurulatih Diego Simeone.
“Kami tidak bagus. Saya tidak menggemari pasukan saya. Kami seperti bukan diri yang sebenar,” kata jurulatih Getafe, Jose Bordalas
Griezmann hampir beraksi bagi Barca jika keputusannya berbeza pada musim panas lalu tetapi sebaliknya dia semakin tajam dalam pasukan mereka, membawa Atletico untuk bersaing beberapa kali bagi pemburuan gelaran.
Alvaro Morata mungkin menyertai bulan ini, sekalipun sekiranya laporan akhbar Sepanyol menggambarkan persetujuan bersama Chelsea adalah sukar untuk dimuktamadkan.
Tetapi Griezmann berada dalam rentak dan Diego Costa dijangka kembali bulan depan, mungkin Atletic kurang memerlukan, dengan beberapa menyokong dilihat melaungkan slogan menentang kehadiran Morata. – AFP


































