Griezmann terlepas aksi lawan Milan

MADRID, 18 NOV – Antoine Griezmann akan terlepas saingan peringkat kumpulan bersama Atletico Madrid menentang AC Milan dalam Liga Juara-Juara minggu depan susulan digantung dua perlawanan sebelum ini oleh UEFA, menurut sumber kelab kepada AFP.

Griezmann dibuang padang ketika Atletico tewas 2-3 kepada Liverpool di tempat sendiri bulan lalu dan dihukum penggantungan dua perlawanan, yang pertama ketika kembali berdepan Liverpool, dua minggu lalu. Dalam perlawanan timbal balik di Anfield pada 4 November, kelibat bintang Perancis itu tidak dapat disaksikan ketika menentang Milan minggu depan.

Atletico kini berusaha memintas Porto dalam perebutan tempat kedua dalam Kumpulan B. Liverpool mengesahkan kemaraan lebih awal sebagai pendahulu kumpulan dengan Porto satu mata mengatasi Atletico manakala Milan tercorot.

Porto berkunjung ke Anfield minggu depan sebelum menerima kedatangan Atletico di Portugal untuk perlawanan terakhir. Griezmann boleh beraksi perlawanan terakhir tetapi ketiadaannya ketika menentang Milan menjejaskan jentera depan kelab Sepanyol itu.

Dia yang menyertai semula Atletico dari Barcelona secara pinjaman pada musim panas meledak lima gol dalam enam perlawanan terakhir termasuk dua jaringan ketika tewas kepada Liverpool di Wanda Metropolitano namun dibuang padang selepas kakinya terkena kepala Roberto Firmino. – AFP

Aksi penyerang Antoine Griezmann menjaringkan gol semasa perlawanan kelayakan Piala Dunia FIFA di antara Perancis dan Kazakhstan di stadium Parc des Princes di Paris pada 13 November. – AFP