WASHINGTON, 5 JULAI – Bintang bola keranjang Amerika, Brittney Griner meminta bantuan Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden untuk membebaskannya dari penjara Rusia dalam surat tulisan tangan kelmarin.
Griner yang merupakan juara Olimpik dua kali, ditahan di Rusia sejak Februari atas tuduhan penyeludupan dadah dan memberitahu Biden bahawa dia bimbang dia tidak akan dibebaskan.
“Ketika saya duduk di sini di penjara Rusia, bersendirian dengan fikiran saya dan tanpa perlindungan isteri, keluarga, rakan, jersi Olimpik, atau sebarang pencapaian, saya takut saya mungkin berada di sini selama-lamanya,” tulis Griner.
Perbicaraan Griner bermula pada Jumaat lalu atas tuduhan cuba menyeludup kartrij vape dengan minyak hashish ke Rusia.
Dia kini berdepan hukuman penjara sehingga 10 tahun. Perbicaraan seterusnya dalam kes tersebut akan ditetapkan pada Khamis ini.
Sementara itu, pegawai AS berkata, Griner ditahan secara salah oleh Rusia, di mana dia pernah bermain di luar musim NBA Wanita pada tahun-tahun sebelumnya. – AFP