Friday, April 19, 2024
23.5 C
Brunei

    -

    Grizzlies tewaskan Cavaliers

    LOS ANGELES, 5 JAN – Ja Morant menjaringkan mata ketika perlawanan berbaki 22 saat pada suku keempat untuk membawa Memphis Grizzlies kepada kemenangan 110-106 ke atas Cleveland Cavaliers kelmarin.

    Morant telah menjaringkan enam dari 26 mata pada minit terakhir menjadikan pasukan Grizzlies memenangi enam perlawanan berturut-turut mereka di depan 18,100 penonton di Rocket Mortgage Fieldhouse.

    “Saya tidak gentar kepada sesiapa,” kata Morant. “Jika tinggi awda 7-kaki-7, saya tidak peduli, saya akan datang kepada awda.”

    Morant melakukan jaringan untuk memberi Grizzlies mata mendahului dengan 106-104, kemudian merampas bola daripada pemain Cavs, Brandon Goodwin untuk menjaringkan sekali lagi dengan berbaki 22 saat.

    Morant kemudiannya melengkapkan kemenangan melalui beberapa lontaran percuma ketika Grizzlies menang buat kali ke-10 dalam 11 perlawanan terakhir atas gelanggang.

    Aksi Ja Morant dari Memphis Grizzlies (kiri) kelihatan akan melepasi pemain Cleveland Cavaliers, Jarrett Allen pada separuh masa pertama permainan bola keranjang NBA, Selasa, 4 Januari 2022, di Cleveland. – AP

    Pasukan Grizzlies bangkit dengan kemenangan 118-104 menentang Brooklyn Nets pada hari Isnin lalu.

    “Kami datang dengan mengetahui kami mempunyai perlawanan berturut-turut. Kami hanya perlu mengunci pertahanan dan mencari jalan. Kami tampil dengan beberapa hentian penting pada penghujung permainan untuk mendapatkan kemenangan.”

    Morant juga menambah enam assist, tetapi rekod francaisnya dengan 30 mata permainan dihentikan pada lima.

    Darius Garland memberikan 27 mata dan 10 assist setelah kembali ke barisan Cleveland apabila dia telah ketinggalan empat perlawanan disebabkan oleh langkah mengatasi COVID-19.

    Jaren Jackson menjaringkan sebanyak 22 mata dan Desmond Bane memberikan 11 mata dan tujuh assist terbaik dalam kariernya untuk Memphis.

    Di Toronto, Fred VanVleet menjaringkan 24 dari 33 matanya pada separuh masa pertama apabila Toronto Raptors memenangi tiga perlawanan berturut-turut dengan 129-104 mengatasi San Antonio Spurs. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pengawal dari Pakistan tuntut kewarganegaraan

    SYDNEY, 18 APRIL - Perdana menteri Australia hari ini berkata beliau akan mempertimbangkan untuk memberikan kewarganegaraan kepada seorang pengawal keselamatan Pakistan yang cedera dalam...