Guaido didakwa ‘bersembunyi’ di kedutaan Perancis

CARACAS, 5 JUN – Pemimpin pembangkang Venezuela, Juan Guaido berada di kedutaan Perancis di Caracas, kata Menteri Luar Amerika Selatan Jorge Arreaza semalam, tiga hari selepas Presiden Nicolas Maduro menyatakan pencabarnya sedang ‘bersembunyi’ di sebuah lokasi diplomatik.

“Kami tidak boleh memasuki premis mana-mana kedutaan negara, dalam kes ini Sepanyol,” kata Arreaza dalam satu temu ramah radio, menambah penahanan secara kekerasan dengan itu ‘tidak boleh dilakukan.’

Beliau mengeluarkan komen tersebut apabila ditanya oleh seorang wartawan mengenai kehadiran Guaido di kedutaan itu, dan seorang lagi tokoh pembangkang, Leopoldo Lopez, di kediaman duta Sepanyol, di mana beliau tinggal selama lebih setahun.

“Kami berharap kerajaan berkenaan akan mengubah fikiran mereka dan menghantar pulang mereka yang ingin melepaskan diri daripada keadilan Venezuela,” kata Arreaza.

Menggelar situasi sebagai ‘amat luar biasa’ beliau menambah ‘ia memalukan bagi diplomasi Sepanyol, ia memalukan bagi diplomasi Perancis atas apa yang berlaku dan ia akan menimbulkan kesannya tidak lama lagi.”

Perancis dan Sepanyol adalah antara lebih daripada 50 negara yang mengiktiraf Guaido sebagai presiden sementara Venezuela, selepas parlimen negara mengecap Maduro sebagai perampas pemilihan semula 2018 dalam pengundian yang dianggap dimanipulasi. – AFP