CARACAS, 10 Mei – Pemimpin pembangkang Venezuela, Juan Guaido menuduh rejim Presiden Nicolas Maduro kerana ‘penghapusan’ parlimen selepas tiga penggubal undang-undang terpaksa mendapatkan perlindungan diplomatik, sementara seorang lagi telah ditahan kerana dituduh khianat.
“Jika kita boleh bercakap mengenai rampasan kuasa di Venezuela, inilah dia: penghapusan parlimen negara,” kata Guaido pada satu sidang media, menuduh rejim Maduro sebagai ‘negeri pengganas’
Guaido, yang mengisytiharkan dirinya sebagai pemangku pemimpin yang sah negara itu, bercakap demikian selepas penggubal undang-undang Richard Blanco, Mariela Magallanes dan Americo De Grazia mendapatkan perlindungan di kedutaan Argentina dan Itali di Caracas.
Mereka di antara 10 ahli Perhimpunan Kebangsaan yang didakwa khianat kerana menyokong gesaan Guaido bagi pemberontakan tentera pada 30 April.
Kumpulan itu juga termasuk timbalan presiden bagi parlimen kawalan pembangkang Venezuela, Edgar Zambrano, yang diberkas oleh ejen perisikan baru-baru ini.
Guaido menerajui kira-kira 30 ahli pasukan bersenjata yang cuba mencetuskan pemberontakan bagi menjatuhkan Maduro 10 hari lalu, tetapi ketika ia diprovok dengan dua hari pertembungan maut, ia terus berakhir dengan segera.
Venezuela dibelenggu dengan huru-hara pada Januari apabila Guaido mengisytiharkan dirinya sebagai pemangku presiden sebagai satu cabaran langsung kepada kuasa Maduro.
Sejak itu dia telah diiktiraf oleh lebih 50 buah negara ketika dia meningkatkan usahanya untuk menggulingkan Maduro, yang dianggapnya tidak sah selepas pilihan raya 2018, yang secara meluasnya dilihat ada penipuan.
Guaido menggesa bagi bantahan kebangsaan Sabtu ini bagi menentang tindakan yang dibuat oleh Mahkamah Agung ke atas penggubal undang-undang pembangkang. – AFP