Guan Eng sedia disaman

PUTRAJAYA, 24 Mei – Menteri Kewangan, Lim Guan Eng sedia disaman oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy berhubung kenyataannya yang didakwa cuba menyerang peribadi serta berpotensi memfitnahnya berhubung kait dengan syarikat pelaburan itu.

Guan Eng, bagaimanapun, mengingatkan Arul Kanda bahawa hanya beliau seorang sahaja yang kini bekerja untuk syarikat tersebut yang sudah dimiliki Kementerian Kewangan.

“Arul sudah membuat pelbagai janji, kalau dia mahu saman, saya tunggu tetapi dia perlu ingat bahawa hanya dia seorang sahaja pekerja 1MDB dan Kementerian Kewangan memiliki 1MDB,” katanya pada sidang media, di sini hari ini. – Bernama