Guangzhou bina stadium lebih besar dari Camp Nou

SHANGHAI, 17 APRIL – Juara China, Guangzhou Evergrande kelmarin mula membangunkan stadium baharu yang menelan belanja 12 bilion yuan dan mempunyai kapasiti sebanyak 100,000 tempah duduk, sekali gus menjadikannya sebagai salah sebuah arena terbesar di dunia.

Ia akan lebih besar sedikit dari stadium Barcelona, CampNou dan dijadualkan siap pada penghujung 2022, menurut agensi berita Xinhua.

Stadium bola sepak Guangzhou Evergrande akan menjadi tarikan dengan reka bentuk bunga teratai yang mengelilinginya, satu status lambang bandar di selatan China yang dikenali sebagai ‘Bandar Bunga’.

Stadium tersebut akan – untuk sekurang-kurangnya sekali – menjadi tempat bola sepak terbesar di dunia, sehingga Camp Nou membesarkan tempat duduk mereka kepada 105,000 selepas menjalani pembangunan semula.

Juara sebanyak lapan kali liga China, Guangzhou, yang diuruskan oleh pemenang Piala Dunia, Fabio Cannavaro dan menjuarai Liga Juara-juara AFC sebanyak dua kali, dengan purata kehadiran penyokong seramai 50,000 orang untuk perlawanan di tempat sendiri. – AFP

Orang ramai menghadiri acara pecah tanah stadium baharu Guangzhou Evergrande di Guangzhou di China. – AFP