Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Guardian Brunei buka cawangan ke-28 di Kiulap

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 OGOS – Guardian Brunei membuka cawangannya yang ke-28 di Kampung Kiulap yang telah dirasmikan pada hari ini.

    Perasmian cawangan berkenaan telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Swisse bagi Asia, Australia dan New Zealand di H&H Group, Nick Man bersama Pengarah Urusan Swisee dari Asia Tenggara di H&H Group, Cheang Poh Ling dan Ketua Perniagaan Guardian Brunei, Jennifer Yang.

    Cawangan baharu dengan konsep moden berkenaan merupakan projek yang memfokuskan kepada penambahbaikan produk penting seperti kosmetik, penjagaan rambut, penjagaan
    kulit, vitamin dan direka untuk meningkatkan pengalaman membeli-belah pelanggan.

    Jennifer Yang berkata, “Menyediakan produk kecantikan, kesihatan dan kesejahteraan terbaik kepada pengguna di Brunei merupakan keutamaan Guardian, dan kami sangat teruja untuk bekerjasama dengan H&H Group dan Swisse untuk membawa produk terlaris mereka ke pasaran Brunei.”

    Sempena pelancaran itu, Guardian turut mengadakan promosi istimewa di cawangan baharu tersebut.

    Pelanggan akan berpeluang untuk menyertai cabutan bertuah apabila membeli pada jumlah minimum dalam satu resit dan berpeluang menerima hadiah misteri dengan pembelian minimum untuk 100 pelanggan pertama.

    Nick Man, Cheang Poh Ling dan Jennifer Yang bersama-sama melancarkan cawangan ke-28 Guardian Brunei di Kiulap.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...