Tuesday, April 23, 2024
35.6 C
Brunei

    -

    Guardian Brunei buka semula cawangan Centrepoint hari ini

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 DIS – Guardian Brunei akan membuka semula kedai mereka di Centrepoint, Gadong selepas melalui pengubahsuaian menyeluruh mengikut konsep baharu.

    Untuk meraikan pembukaan berkenaan, Guardian Brunei akan menawarkan promosi eksklusif antaranya beli satu percuma satu untuk produk tertentu serta potongan harga untuk pelbagai produk.

    Pelanggan juga akan menerima hadiah percuma berupa Kinohimitsu Royal Sweet Potato Sachet dan bertih jagung, sementara stok masih ada. Selain itu, cabutan bertuah juga akan diadakan untuk pelanggan yang membeli-belah di cawangan berkenaan dengan perbelanjaan minimum.

    Pemenang bertuah boleh memenangi Multi-function All in one Hotpot, Steel BBQ Grill dan Roasting Pan, Korean Style Electric Grill Pan dan Yankee Candles.

    Semua promosi dan cabutan bertuah akan berjalan sehingga pertengahan Januari depan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...