Guardian buka cawangan baharu

Oleh Nurdiyanah R.

BELAIT, 12 NOV – Guardian Brunei melakar pencapaian positif dengan pembukaan sebuah cawangan baharu di Seria, baru-baru ini.

Cawangan ke-26 itu telah dibukakan untuk kunjungan orang ramai berdekatan dengan cawangan pertama syarikat itu yang telah bertapak di Seria sejak dibuka pada 1991.

Sementara itu, Guardian Brunei juga akan membuka semula kedai mereka yang telah menjalani pengubahsuaian lengkap berdasarkan konsep kedai baharu di Kuala Belait esok.

Untuk meraikan pembukaannya, pelbagai promosi eksklusif ditawarkan selama dua minggu di kedai berkenaan termasuk bagi handwash, bodywash, masks dan untuk jenama barangan Jepun dan Korea seperti Kundal, SNP dan Mediheal serta Garden of Eden.

Pelanggan juga akan mendapat hadiah percuma apabila berbelanja pada jumlah minimum dan berpeluang memenangi barangan keperluan rumah seperti Panasonic Garment Steamer, Mayer Air Fryer dan lainnya dengan menyertai cabutan bertuah dengan perbelanjaan minimum ditetapkan.

Kakitangan Guardian bergambar di hadapan cawangan Guardian Brunei yang dibuka baru-baru ini. – Gambar oleh Daniel Lim