Guardian buka semula kedai di Belait

Oleh Daniel Lim

BELAIT, 14 NOV – Penduduk di seluruh bandar Belait meraikan pembukaan cawangan Guardian Brunei yang baru diubahsuai mengikut konsep kedai baharu di Kuala Belait pagi kelmarin.

Sempena meraikan pembukaannya, Guardian Brunei akan menawarkan pelbagai promosi eksklusif sehingga akhir bulan ini, termasuk handwash, bodywash, masks dan jenama produk Jepun dan Korea seperti Kundal, SNP dan Mediheal serta Garden of Eden.

Dengan pembukaan kedai terbaharu di Daerah Belait, Guardian telah meraikan ulang tahun ke-30 pada Oktober sebagai peruncit terkemuka dalam industri kesihatan dan kecantikan.

Guardian Brunei memulakan kempen pengubahsuaian dengan kedai ke-22, cawangan Annajat pada 2018 disu-suli oleh kedai ke-23 di Huaho One City pada 2019.

Seterusnya, Guardian Brunei juga mengubahsuai cawangan di Rimba kepada Guardian Store berkonsep baharu bernama Tornado Plus. Semasa gelombang pandemik COVID-19 pertama pada Februari 2020, Guardian membuka cawangan ke-24 di Abdul Razak Plaza dan cawangan ke-25 dibuka di Midvalley Shopping Complex pada Jun 2021.

Matlamat Guardian untuk masa depan adalah meneruskan perkembangan dengan membuka empat lagi kedai baharu di seluruh negara, untuk menjadikan jumlah keseluruhan 30 kedai pada 2022.

Kakitangan Guardian bergambar di depan kedai Guardian yang baru dibuka di Kuala Belait.
Salah seorang pelanggan membeli-belah di kedai Guardian yang baru dibuka di Kuala Belait baru-baru ini.