Friday, February 14, 2025
22.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Guardiola bengang reaksi City hadapi Brentford

    LONDON, 15 JAN – Pep Guardiola berkata Manchester City kurang beri perhatian terhadap bola adalah punca seri 2-2 meskipun mendahului dua jaringan di Brentford kelmarin.

    Dua gol Phil Foden meletakkan juara Inggeris itu di landasan untuk kemenangan keempat berturut-turut selepas siri-siri perlawanan yang menyedihkan.

    Tetapi kekurangan dari segi pertahanan dan keupayaan kekalkan pendahuluan telah menjadi tema yang konsisten dalam musim yang sukar untuk anak buah Guardiola.

    Brentford banyak mencipta peluang sepanjang permainan dan membawa kejayaan pada 10 minit terakhir menerusi Yoane Wissa dan Christian Norgaard untuk menyamakan kedudukan.

    “Kami menguasai bola hantaran jauh tetapi pada masa itu kami tidak mengambil keputusan yang betul,” kata Guardiola.

    “Mungkin itu berbeza tetapi pada masa yang sama mereka mempunyai peluang. Penyerang mereka sangat bagus, Wissa dan (Bryan) Mbeumo benar-benar berbahaya.”

    City sekali lagi tanpa pertahanan tengah akibat kecederaan, Ruben Dias dan John Stones, manakala kapten Kyle Walker tidak termasuk dalam skuad Guardiola selepas menyatakan hasratnya untuk meninggalkan kelab baru-baru ini.

    “Pada kedudukan 2-0 kami sepatutnya tamatkan permainan tetapi kami tidak mempunyai pemain khusus untuk bertahan di dalam kotak jadi kami perlu melakukannya dengan mengawal bola,” tambah Guardiola.

    “Kepenatan menentang Brentford dalam 15 minit terakhir adalah perkara biasa. Saya tidak ada apa-apa untuk dikesali. (Mesti) Pulih dan pergi ke perlawanan seterusnya.”

    Satu mata berkenaan menjadikan City masih di tempat keenam dalam Liga Perdana, dua mata di belakang empat pasukan teratas dan 12 mata di belakang pendahulu, Liverpool. – AFP

    Pep Guardiola bercakap dengan Josko Gvardiol semasa perlawanan bola sepak Liga Perdana Inggeris menentang Brentford di stadium Komuniti Gtech, London kelmarin.- AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda