Guardiola gesa City bangkit

LONDON, 19 April – Siri ketiga trilogi Manchester City dan Tottenham perlu adanya sesuatu yang menarik untuk ditonjolkan selepas satu aksi klasik Liga Juara-Juara yang menyaksikan Spurs mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara melalui jaringan luar.

Bagaimanapun, pertemuan Liga Perdana hujung minggu ini mempunyai implikasi besar buat bidaan City untuk memenangi gelaran dan harapan Spurs untuk layak ke Liga Juara-Juara lagi musim depan.

Skuad kendalian Pep Guardiola hanya mempunyai lima perlawanan lagi untuk menjadi pasukan pertama mempertahankan gelaran Liga Perdana dalam tempoh sedekad.

Bagaimanapun, ia adalah Liverpool yang mendahului liga dengan kelebihan dua mata namun bermain lebih satu perlawanan berbanding pesaingnya.

City dalam laluan bagi empat kejuaraan berganda sehingga tersingkir dengan dramatik dalam saingan suku akhir Liga Juara-Juara kelmarin.

Pep Guardiola memberikan arahan kepada para pemainnya dalam pertembungan suku akhir Liga Juara-Juara menentang Spurs di Etihad. – AFP

Dengan kedua-dua pasukan terikat 4-4 pada agregat, Raheem Sterling telah menjaringkan gol pada masa kecederaan yang boleh membawa City mara, hanya mendapati VAR membatalkannya kerana ofsaid.

“Kami perlu bangkit dan memberikan tindak balas,” kata Guardiola.

“Kami berjuang dengan sebaiknya dalam tempoh sembilan atau 10 bulan kebelakangan ini untuk Liga Perdana. Kami masih di sana, ia ada dalam genggaman kami. Setentunya ia sukar, tetapi kami perlu melakukannya sehingga akhir.”

Guardiola mempuyai kelebihan kerana telah merehatkan Fernandinho, Leroy Sane, Riyad Mahrez, Gabriel Jesus, Nicolas Otamendi dan John Stones di bangku simpanan kelmarin. – AFP