MANCHESTER, 14 SEPT – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola telah kembali ke kelab itu selepas pulih daripada pembedahan belakangnya baru-baru ini.
Guardiola menyambung semula tugasnya selepas ketiadaan tiga minggu, dengan City mengesahkan kepulangannya pada kelmarin.
Penolong jurulatih Juanma Lillo telah bertanggungjawab sejak Guardiola yang berusia 52 tahun pergi ke Sepanyol untuk prosedur itu.
Dalam ketiadaan Guardiola, City menewaskan Sheffield United dan Fulham untuk mengekalkan permulaan 100% untuk mempertahankan kejuaraan Liga Perdana. Skuad City mula berkumpul selepas rehat antarabangsa.
City kembali beraksi dalam Liga Perdana Sabtu di West Ham sebelum ja mempertahankan Liga Juara-Juara bermula di tempat sendiri menentang Red Star Belgrade pada hari Selasa nanti. – AP
