Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Guardiola kini anggap Newcastle United sebagai lawan sukar

    NEWCASTLE, 22 OGOS – Pep Guardiola berkata Newcastle kini salah sebuah pasukan paling sukar di Liga Perdana Inggeris selepas Manchester City terpaksa bangkit daripada ketinggalan 3-1 untuk mencatat seri 3-3 dalam pertemuan yang menghiburkan, kelmarin.

    The Magpies tidak berbelanja besar seperti yang dijangkakan semasa jendela perpindahan ini, tetapi pasukan juara bertahan ini nyaris ditewaskan melalui gol daripada Miguel Almiron, Callum Wilson dan Kieran Trippier.

    Erling Haaland mencetuskan kebangkitan City sebelum Bernardo Silva menyelamatkan satu mata untuk pasukan.

    City kini berada di kedudukan kedua, dua mata mengejar Arsenal, namun terlepas peluang untuk menjarakkan kelebihan tujuh mata di hadapan Liverpool menjelang pertemuan mereka ke Manchester United hari ini.

    Pep Guardiola, walau bagaimanapun, gembira kerana merampas satu mata di St James’ Park.

    Reaksi pemain-pemain Manchester City selepas menjaringkan gol penyamaan semasa pertemuan menentang Newcastle United, 21 Ogos lalu. – AP

    “Newcastle kini menjadi salah sebuah lawan yang paling sukar,” kata Guardiola.

    “Leeds menewaskan Chelsea hari ini. Liga Perdana sangat mencabar bagi semua pasukan.

    Awda perlu merasai sendiri pengalaman ini untuk mengetahui bertapa hebatnya apa yang kami lakukan selama lima tahun dan bertapa sukar pada masa akan datang.

    “Melihat pasukan ini berjuang hingga ke penghujung sudah cukup memadai.”

    Newcastle mengutip empat mata dalam dua perlawanan tanpa dibolosi. Namun rekod itu lebur dalam masa lima minit ketika City pantas mengawal perlawanan. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...