LONDON, 7 JAN – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola telah disahkan positif COVID-19, antara penularan terbesar di kalangan pendahulu Liga Perdana Inggeris yang menjangkiti 21 pemain dan staf, sementara pengurus Burnley, Sean Dyche juga terpaksa diketepikan disebabkan virus tersebut.
Walau bagaimanapun, kesemua 32 perlawanan pusingan ketiga akan dijadualkan minggu ini, termasuk kunjungan City ke Liga Dua, Swindon hari ini, masih meneruskannya.
“Pengurus City telah disahkan positif pada Selasa lalu bersama penolongnya, Juanma Lillo. Kedua-dua telah menjalani pengasingan, termasuk beberapa pemain turut diuji positif dalam barisan pasukan pertama City,” menurut kenyataan City.
“Ini menjadikan jumlah yang menjalani pengasingan berkaitan dengan COVID-19 kepada 21 orang. Dari jumlah tersebut, seramai 14 staf dan tujuh adalah dari pemain pasukan pertama.”
Penolong Guardiola lain, Rodolfo Borrell, akan mengambil alih pasukan.
“Dia telah dijangkiti virus itu tetapi bernasib baik tidak mengalami gejala,” kata Borrell mengenai kesihatan Guardiola kelmarin.
“Kami harus bersedia untuk perlawanan akan datang. Jika esok kami tidak dapat beraksi kerana lebih banyak yang dijangkiti, ia adalah diluar kawalan kami.
“Mungkin, kami akan menurunkan barisan pemain muda yang perlu difikirkan. Kami hanya bermain dengan yang ada.”
Varian Omicron telah menyebabkan lonjakan kes di Britain, memaksa penangguhan perlawanan di liga utama England. – AFP