Friday, April 19, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Guardiola puji aksi sterling

    LONDON, 13 FEB – Manchester City kembali mendahului 12 mata di puncak Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila hatrik Raheem Sterling membantu pasukan mengalahkan Norwich 4-0, kelmarin.

    Pengurus City, Pep Guardiola mengambil peluang untuk menggilirkan pasukannya menjelang aksi Liga Juara-Juara pada pertengahan minggu dengan Kevin De Bruyne antara pemain yang direhatkan.

    Menakluk Eropah menjadi keutamaan Guardiola, tetapi juara Inggeris itu berada di landasan yang betul untuk merangkul kejuaraan EPL keempat dalam tempoh lima tahun.

    Norwich mengejutkan City dengan kemenangan 3-2 di Carrow Road ketika mereka berada di kedudukan tercorot di liga utama, tetapi kubu pertahanan mereka hanya mampu bertahan 30 minit sehingga Sterling merembat tendangan melengkung dengan menarik ke bahagian sudut gawang.

    Percubaan Phil Foden menyelinap tepat di atas garisan tiga minit separuh masa kedua sebelum Sterling menjadikan kedudukan 3-0, menanduk masuk hantaran oleh Ruben Dias.

    Sterling berjaya meraih hatrik selepas Hanley dipersalahkan kerana melakukan kekerasan dengan menjatuhkan Liam Delap pada minit terakhir perlawanan.

    Penalti pemain antarabangsa England itu diselamatkan oleh Angus Gunn, tetapi Sterling mampu untuk menyempurnakan hatrik sempurna dengan penyudah kaki kanan, kaki kiri dan tandukan.

    “Atas keyakinannya, ia akan menjadi besar,” kata Guardiola mengenai Sterling, yang bergelut musim ini untuk mengekalkan tempatnya dalam pasukan.

    “Gol pertama luar biasa. Raheem melakukan dengan baik.”– AFP

    Reaksi Raheem Sterling meraikan kemenangan dengan Pep Guardiola dalam perlawanan antara Manchester City dan Norwich City kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...