Guatemala mohon status perlindungan pendatang

BANDAR GUATEMALA, 26 Jun – Guatemala hari ini meminta kerajaan Amerika Syarikat untuk memberi pendatangnya Status Perlindungan Sementara (TPS) selepas insiden letusan gunung berapi Fuego yang dahsyat berlaku baru-baru ini.

Pegawai telah mengesahkan kematian sebanyak 112 orang akibat letusan yang berlaku pada 3 Jun itu, tetapi bilangan sebenar mangsa belum dapat dipastikan.

“Saya telah mengarahkan Menteri Luar Negeri untuk membuat permohonan dalam kadar segera dari kerajaan Amerika Syarikat terhadap TPS untuk para pendatang yang tiba dari Guatemala,” kata Presiden Jimmy Morales dalam Twitter.

Menteri Luar Negeri Sandra Jovel berkata kemudiannya dia menghantar surat kepada pentadbiran Presiden Donald Trump untuk membuat permintaan itu yang dikhususkan kepada saudara-saudara pendatang mereka.

Matlamatnya adalah ‘untuk mendapat faedah (tidak berdaftar) warga negara yang tinggal … di Amerika Syarikat dengan izin kerja untuk mengelakkan daripada pengusiran,” tambahnya.

Gunung berapi, 35 kilometer (barat laut) barat daya ibu negara itu, telah menjejaskan masyarakat San Miguel Los Lotes di selatan negara itu.

Guatemala membuat tawaran untuk TPS selepas Washington baru-baru ini mengumumkan bahawa mereka membatalkan manfaat untuk El Salvador dan Honduras pada 2019 dan 2020. – AFP