Guatemala pilih presiden baharu

BANDAR GUATEMALA, 16 JUN – Rakyat Guatemala dijangka memilih seorang presiden baharu hari ini selepas kempen huru-hara yang melihat dua calon dilarang daripada mengambil bahagian dan pendakwa jenayah pengundian terkenal dipaksa melarikan diri dari negara, bimbang mengenai nyawanya.

Keganasan geng, kemiskinan dan aliran penghijrah ke Amerika Syarikat (AS) telah menguasai kempen di negara yang mempunyai penduduk paling ramai di Amerika Tengah, di mana 19 calon bertanding untuk mengganti presiden bersara Jimmy Morales.

Pekempen anti-rasuah negara, bekas peguam negara Thelma Aldana, tidak ada dalam senarai calon. Beliau dijangka memperoleh undi yang banyak, namun dilarang daripada bertanding pada bulan lalu disebabkan dakwaan penyelewengan sejak beliau menjadi pendakwa awam. Sandra Torres, ahli perniagaan berusia 63 tahun dan bekas Wanita Pertama, merupakan calon pilihan, selepas mendahului dalam tinjauan pendapat di depan Alejandro Giammattei, juga 63 tahun.

Torres, calon untuk Perpaduan Harapan (UNE), mempunyai 22 peratus pilihan pengundi dalam tinjauan terbaharu, sementara Giammettei, seorang doktor yang bertanding untuk parti Vamos, meyusuli dengan 11 peratus.

Bagaimanapun, kedua-duanya tidak mungkin memperoleh undi yang cukup hari ini untuk mengelak pusingan pilihan raya kedua pada 11 Ogos.

Tiga calon lain bersaing untuk menduduki tempat ketiga, dengan wanita asli Thelma Cabrera memperoleh momentum dalam peringkat akhir kempen.

Lapan juta pengundi Guatemala juga mengundi dalam pilihan raya kongres dan perbandaran hari ini. – AFP

Wanita berjalan di kawasan jalan kaki bersebelahan dengan poster kempen yang mempromosi calon presiden parti pemerintah Estuardo Galdamez di Bandar Guatemala pada 15 Jun. – AP