Gubahan muzik guna teknologi AI

MOSCOW, 7 OKT – Forum Kongres Teknologi Maklumat Sedunia (WCIT) ke-23 membuka tirainya di ibu kota Armenia, Yerevan dengan menampilkan acara konsert yang buat pertama kali gubahan muziknya menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI), lapor agensi berita Sputnik.

Ditubuhkan oleh Perikatan Teknologi Maklumat dan Perkhidmatan Dunia (WITSA) pada 1978, WCIT menjadi forum antarabangsa terbesar untuk teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Organisasi itu merangkumi 90 peratus pasaran ICT dunia dan diwakili di 83 buah negeri.

Sebelum ini, ia pernah dianjurkan di Belgium, Emiriah Arab Bersatu, Mexico, Amerika Syarikat, Brazil, Taiwan dan India, tahun ini buat kali pertama diadakan di negara pasca-Soviet.

Lebih 2,000 perwakilan dari 70 buah negara dijangka menghadiri WCIT 2019, antaranya pengasas dan CEO jenama terkenal dunia untuk IT, teknologi angkasa, inovasi dan sains, serta pegawai kerajaan, pencipta dan ahli akademik.

Topik tahun ini bertemakan The Power of Decentralisation: Promise and Peril.

Forum akan berlangsung sehingga Rabu. – Bernama