Gucci kekal jadi perhatian di sebalik hasil Kering

PARIS, 12 Feb – Kumpulan firma mewah Perancis, Kering masih lagi dalam kedudukan yakin meskipun sedikit tewas pada jenama Puma, dengan Gucci merebut glamor kewangan dengan margin keuntungan hampir 40 peratus.

Dengan jenama Stella McCartney, Volcom dan Christopher Kane juga tidak direkodkan, kumpulan itu menyaksikan penjualan meningkat 26.3 peratus kepada 13.66 bilion euro (AS$15.4 bilion) tahun lalu.

Sementara itu, keuntungan bersih meningkat 49.3 peratus kepada 2.8 bilion euro, sejajar dengan jangkaan penganalisis yang dikaji oleh Factset dan Bloomberg.

Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif, Francois-Henri Pinault menggelar 2018 ‘tahun cemerlang buat Kering’, menunjukkan yang ‘sekali lagi, kita meraih kejayaan bermakna dalam sektor kita’.

Keuntungan operasi mencecah rekod sebanyak 4.4 bilion euro, yang parasnya hampir dua kali ganda daripada dua tahun lalu, kata Ketua Pegawai Kewangan, Jean-Marc Duplaix.

Gucci adalah pemain utama, dengan jualan meningkat sebanyak satu pertiga kepada lebih 8 bilion euro dan keuntungan operasi melonjak 54 peratus kepada hampir 3.3 bilion euro.

Manakala, jenama Yves Saint Laurent juga menunjukkan pertumbuhan jualan hebat sekitar 16 peratus, sementara jualan Bottega Veneta menurun 3.6 peratus ketika firma itu membuat perubahan dengan pengarah kreatif baharu. – AFP