AHMEDABAD, INDIA, 5 NOV – Kira-kira 12 pekerja terbunuh kelmarin apabila sebahagian daripada sebuah gudang bahan kimia runtuh, disusuli satu letupan kuat di barat India, kata para pegawai.
Pegawai bomba berkata, mereka yang maut termasuk lima wanita, manakala sembilan lagi cedera dalam insiden di sebuah kompleks industri di pinggir Ahmedabad, sebuah bandar besar di barat Gujarat.
Saksi memberitahu wartawan bahawa letupan itu memusnahkan sebahagian dinding bangunan, termasuk satu kemudahan tekstil yang beroperasi dari kompleks berkenaan.
Ketua pegawai bomba Ahmadabad, M F Dastur, berkata siasatan awal menunjukkan letupan itu dicetuskan oleh api di sebuah stor bahan kimia dan menyebabkan bangunan itu runtuh. – AFP