Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Gudang simpan bahan kimia musnah dalam kebakaran

    LABUAN, 17 APRIL – Sebuah gudang bahan kimia milik Baker Hughes yang menyimpan bahan berbahaya di Jalan Rangu, Kampung Rangu di sini musnah dalam kebakaran petang tadi, sehingga menyebabkan asap tebal kelihatan dari jarak kira-kira 10 kilometer.

    Penduduk di kampung berhampiran dilaporkan terdengar bunyi letupan kuat ketika asap memenuhi awan di kawasan itu selama beberapa jam.

    Pada kejadian 2:30 petang itu, tiada kemalangan jiwa dilaporkan bagaimanapun gudang yang digunakan untuk menyimpan bahan kimia berbahaya berkaitan minyak dan gas itu, musnah sepenuhnya.

    Sekurang-kurangnya 36 anggota bomba dari Balai Polis Rancha-Rancha, Layangan, Labuan Sentral dan ibu pejabat bergegas ke tempat kejadian. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Labuan Ismaidi Ismail berkata kebakaran itu disedari oleh seorang pekerja gudang yang memaklumkan kepada pihak berkuasa beberapa minit selepas kejadian. – Bernama

    Anggota JBPM berusaha memadam kebakaran di sebuah kilang di Kampung Rancha-Rancha, kira-kira 2:30 petang, kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...