Guendouzi ganti aksi Matuidi

CLAIREFONTAINE-EN-YVE-LINES, PERANCIS, 12 NOV – Blaise Matuidi diketepikan daripada skuad Perancis bagi kelayakan Euro 2020 menentang Moldova dan Albania selepas mengalami kecederaan tulang rusuk, menurut kelab pemain tengah itu Juventus semalam.

“Blaise Matuidi tidak akan menyertai pasukan kebangsaan Perancis selepas insiden pada perlawanan semalam menentang Milan,” menurut juara Itali itu dalam laman web mereka.

“Pemain tengah itu menjalani imbasan MRI hari ini, yang menunjukkan keretakan tulang rusuk.” Juventus tidak menyatakan berapa lama pemain berusia 32 tahun itu tidak boleh beraksi.

Matuidi mengalami kecederaan itu ketika menang 1-0 ke atas AC Milan yang mengekalkan Juve di tangga teratas Serie A dan gagal berkunjung ke Paris menjelang dua aksi Kumpulan H Khamis dan Ahad ini yang boleh memastikan kemaraan ke pusingan akhir musim panas depan.

“Malangnya saya terkeluar daripada pasukan, tapi saya yakin @equipefrance akan layak,” ciap Matuidi dalam Twitter. Jurulatih Didier Deschamps telah memilih Matteo Guendouzi sebagai ganti Matuidi dalam pasukan Arsenal, dan kini menantikan kesembuhan Tanguy Ndombele dari Tottenham Hotspur yang berdepan dengan kecederaan dalam perlawanan seri antara Hotspur dan Sheffield United dalam Liga Juara-Juara. – AFP

Matteo Guendouzi ketika beraksi pada Liga Perdana Inggeris menentang Leicester City di Stadium King Power pada 9 November lalu. Jurulatih Didier Deschamps kini telah memilih Matteo Guendouzi untuk menggantikan aksi Matuidi dalam pasukan Arsenal. – AP