Guinea isytihar wabak Ebola berakhir

DAKAR, 17 JUN – Guinea dijangka mengumumkan berakhirnya epidemik Ebola di negeri Afrika Barat pada hujung ming-gu ini, kata menteri kesihatan hari ini.

Bercakap semasa webinar yang dianjurkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia, Menteri Kesihatan Remy Lamah berkata epidemik itu akan diisytiharkan berakhir pada Sabtu ini, sekiranya tiada penemuan kes baharu.

Guinea mengumumkan wabak Ebola pada 14 Februari, mencetuskan epidemik teruk 2013-2016 di Afrika Barat, yang membunuh 11,300 orang di Guinea, Liberia dan Sierra Leone. Penyakit itu mengakibatkan demam dan dalam kes paling teruk, pendarahan tanpa henti.

Ia dijangkiti menerusi kontak rapat dengan bendalir badan, dan orang yang tinggal dengan pesakit paling berisiko dijangkiti penyakit itu.

Menurut WHO, Ebola telah menjangkiti sekurang-kurangnya 16 orang dan meragut lima nyawa sejak Februari di Guinea, di mana penyakit itu muncul semula di rantau Nzerekore di tenggara negara miskin itu. Hari ini, Lamah berkata respons segera pihak kesihatan menyumbang kepada kejayaan mengawal wabak berkenaan. – AFP

Gambar fail menunjukkan kakitangan hospital N’Zerekore bersedia mendapatkan suntikan vaksin anti-ebola di N’zerekore. – AFP