Wednesday, April 17, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Guinea tempah tempat ke suku akhir AFCON

    LIMBE, CAMEROON, 27 JAN – Santiago Eneme telah menjaringkan sepakan penalti yang menjadi penentuan ketika Equatorial Guinea menewaskan Mali 6-5 dalam sepakan penalti selepas seri 0-0 dalam masa tambahan di Limbe kelmarin untuk mara ke suku akhir Piala Negara-Negara Afrika (AFCON).

    Selepas pemain dari Perancis, Eneme ditukar, percubaan Falaye Sacko dari Mali berjaya ditepis oleh Jesus Owono dan negaranya tewas pada peringkat kalah mati pertama untuk AFCON kali kedua berturut-turut.

    Perlawanan pusingan kelompok 16 terakhir yang sangat ketat menyebabkan keseronokan yang minimum untuk penonton dengan kedua-dua pasukan hanya berjaya membuat satu jaringan dalam masa 120 minit.

    Equatorial Guinea sekarang berdepan dengan pemain dari Senegal, Sadio Mane, salah seorang daripada juara pilihan, di Yaounde pada Ahad nanti untuk menempah tempat dalam pusingan separuh akhir kejuaraan Afrika.

    Sementara Senegal menjadi pasukan pilihan utama untuk mara, Equatorial Guinea pernah menewaskan mereka dalam satu-satunya pertembungan Piala Negara-Negara sebelum ini pada 10 tahun lalu.

    Pasukan yang berada di ranking ke-114 dunia, Equatorial Guinea telah mempamerkan aksi yang mengagumkan sepanjang kejuaraan dalam penampilan pertama mereka selepas kelayakan, sebelum ini mereka bertanding sebagai pasukan tuan rumah. – AFP

    Reaksi pemain Equatorial Guinea meraikan kejayaan selepas memenangi perlawanan pusingan kelompok 16 terakhir Piala Negara-Negara Afrika antara Mali dan Guinea di Stadium Limbe di Limbe, 26 Januari. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Iran tutup sementara kemudahan nuklear

    TEHRAN, 16 APRIL – Iran menutup sementara kemudahan nuklearnya atas ‘pertimbangan keselamatan’ susulan serangan peluru berpandu dan dron besar-besarannya ke atas Israel pada hujung...