Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Guna ART dengan teknik yang betul

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 MAC – Orang ramai disarankan untuk memastikan kit ujian pantas antigen (ART) yang digunakan telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan.

    Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar menjelaskan, apa juga kit ART yang dijual di negara ini dan telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan, sudah diuji keberkesanannya iaitu lebih 90 peratus sensitif.

    Yang Berhormat Dato berkata sedemikian semasa memberikan komen kepada persoalan mengenai sesetengah kit ART yang memberi keputusan yang berlainan apabila seseorang membuat ujian kendiri, adakah ia kesilapan daripada teknik membuat swab atau kit ART tersebut tidak berfungsi atau flawed.

    Beliau seterusnya menjelaskan, kit ART yang diluluskan oleh Kementerian Kesihatan telah diperiksa dan dianalisis selain itu, terdapat juga beberapa jenis kit iaitu ujian dilakukan melalui hidung, mulut dan air liur. Menurutnya lagi, pemakaian dan penggunaannya mestilah mengikut apa jua tatacara yang diarahkan terutama sekali air liur di mana tidak dibenarkan makan atau merokok sebelum ujian dilakukan kerana ini boleh memberi kesan kepada enzim.

    Manakala itu, bagi ujian melalui hidung hendaklah dilakukan dengan teknik yang betul kerana teknik adalah sangat penting dan tatacara boleh dilihat melalui YouTube.

    “Ujian ART ini sama seperti ujian PCR tapi untuk ini ia dilakukan sekurang-kurangnya separuh ke dalam dan di sana dapat memastikan virus tersebut tapi tertakluk kepada situasi virus itu, jika virus itu belum membiak dengan banyak, ia tidak akan mencapai threshold kit ART kerana ia boleh mengesan 100,000 partikel virus dan ini yang menunjukkan ia mudah berjangkit.

    “Jika ia belum 100,000 dan baru, misalnya 80,000, besar kemungkinan ia dapat dikesan atau very faint dan adalah perlu untuk menunggu lagi beberapa jam selepas itu dan melakukannya mengikut teknik yang sama, dan besar kemungkinan akan menunjukkan keputusan yang positif,” jelasnya.

    Pemakaian kit ujian pantas antigen (ART) hendaklah dilakukan dengan teknik dan tatacara yang betul.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...