Sunday, April 2, 2023
24.6 C
Brunei

-

Guna buah untuk bayar rumah?

BEIJING, 3 JULAI – Pemaju perumahan yang bergelut di China sudah mula mengambil bayaran bagi kediaman dalam bentuk buah-buahan termasuklah tembikai, pic dan hasil pertanian lain, lapor media kerajaan hari ini.

Ia berlaku semasa mereka cuba menarik minat pembeli yang terhalang oleh pasaran hartanah yang merudum teruk.

Pasaran perumahan China telah dilanda oleh kelembapan ekonomi dan krisis hutang yang dikenakan oleh kerajaan yang menegah para pembina untuk mengambil deposit sebelum memulakan pembinaan sesuatu projek.

Seorang pemaju di timur bandar Nanjing berkata ia akan menerima tembikai sepenuh trak bernilai kira-kira 100,000 yuan sebagai bayaran pendahuluan daripada para petani tempatan, lapor China News Weekly milik kerajaan.

Berdekatan bandar kecil Wuxi, seorang pemaju lagi menerima buah pic sebagai bayarannya, lapor majalah itu.

Para pembeli rumah di daerah Qi, sebuah rantau yang menghasilkan bawang putih utama di wilayah Henan, tengah China, boleh menukar hasil tanaman mereka tiga kali daripada harga pasaran untuk menyelesaikan bayaran pendahuluan mereka.

Menerima tanaman pada harga melambung membolehkan para pemaju untuk menawarkan diskaun tinggi ke atas rumah daripada yang dibenarkan oleh kerajaan tempatan sambil memanfaatkan pasaran yang menjana pulangan komersial.

“Pada ketika musim bawang putih, syarikat telah membuat keputusan mutlak untuk membantu para petani bawang di daerah Qi,” kata pihak pengurusan pusat pembina rumah China dalam media sosial lewat Mei.

“Kami telah membantu para petani dengan rasa kasih dan menjadikan ia mudah untuk mereka membeli rumah,” katanya.

Sekitar 30 perumahan telah dijual sejak kempen bawang putih dilancarkan, tambahnya. – AFP

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Hayashi bakal lawat China di tengah-tengah ketegangan

TOKYO, 31 MAC - Menteri Luar Jepun, Yoshimasa Hayashi hari ini berkata beliau akan mengadakan lawatan ke China hujung minggu ini untuk berbincang dengan...
- Advertisment -