Wednesday, April 24, 2024
29.7 C
Brunei

    -

    Guna cincin bekas kekasih sebagai ‘prop’?

    Tiada apa yang perlu diperbesarkan apabila cincin yang sepatutnya diberikan suami kepada bekas kekasih dijadikan ‘prop’ dalam video muzik single baharu berjudul Tak Bisa Lepas.

    Bagi Ayda Jebat, dia tidak merasakan menggunakan cincin itu sebagai isu atau mungkin ada yang menganggap masih belum move on kerana mendapatkan persetujuan suami, Nabil Mahir sebelum membuat keputusan.

    “Saya memohon maaf sekiranya video muzik ini mengundang rasa kurang senang. Saya sedar pasti ada yang akan mempertikaikan kenapa perlu mengungkit semula kisah lama, sedangkan kami sudah bahagia.

    “Sekiranya ada pihak yang terasa hati atau mempertikaikan tindakan, jawapannya mudah sahaja. Saya hanya ingin menyelitkan kepedihan yang pernah kami lalui.

    “Sebelum bertemu, masing-masing ada sejarah dalam percintaan. Bukannya kami terus gembira dan bahagia.

    Ayda berkata, suami memintanya ‘menghapuskan’ cincin berkenaan kerana merasakan tiada keperluan untuk disimpan selepas selesai penggambaran video muzik. – Agensi

    “Setiap individu yang pernah bersama pasti berdepan peristiwa mematangkan mereka,” katanya kepada media.

    Katanya, sekiranya suami sempat memberi cincin lamaran kepada bekas teman wanita, mungkin dirinya tiada dalam hidupnya dan masih sibuk bekerja.

    “Single Tak Bisa Lepas ditulis dan dirakamkan, tiga tahun lalu. Ia adalah perjalanan kisah hidup dalam menyelami isi hati dan membawa perhubungan ke fasa lebih serius.

    “Apa yang terlintas sepanjang perkenalan dengan suami, saya tulis dalam lagu ini sebagai memori kami.

    “Lagipun, sudah agak lama saya tidak muncul dengan single baharu. Jadi, saya berharap single Tak Bisa Lepas dapat diterima baik pendengar dan pasangan sedang bercinta,” katanya.

    Tak Bisa Lepas turut dicipta dan ditulis oleh komposer Indonesia, Irwan Simanjuntak. Ayda berkata, suami memintanya ‘menghapuskan’ cincin berkenaan kerana merasakan tiada keperluan untuk disimpan selepas selesai penggambaran video muzik di Langkawi.

    “Saya menyimpan semula cincin dalam kotak kerana menyangka mungkin ada nilai sentimental kepada suami.

    “Bagaimanapun, suami terkejut apabila saya masih membawa pulang cincin ke rumah. Sekarang, kami tak tahu di mana cincin ini diletakkan,” kata Ayda.

    Ayda dan Nabil mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2021. Mereka dikurniakan cahaya mata, Ana Nayla, 1. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...