Guna DJ meriahkan stadium

RIO DE JANEIRO, 8 SEPT – Kelab utama Brazil menggunakan DJ untuk memberi sokongan buat pemain mereka dan mengurangkan suasana sunyi dalam stadium kosong berikutan kesan penularan COVID-19.

DJ Franklin Scheleger menghangatkan suasana buat kelab Rio de Janeiro, Fluminense yang bermain di laman sendiri dekat Maracana ketika ketiadaan penyokong hanya digantikan dengan jeritan pemain dan jurulatih.

“Cabaran utama ialah bagaimana untuk menyesuaikan diri dengan aksi,” kata Scheleger.

Scheleger, 29, pernah bertugas dalam acara dianjurkan kelab berkenaan namun dia kini ditugaskan menggantikan sorakan bising penyokong Fluminense dengan mendengarkan rakaman sorakan dan nyanyian penyokong tuan rumah.

“Saya berbangga dapat mewa-kili penyokong pasukan kegemaran saya, ia perasaan yang menakjubkan. Tidak dapat dibayangkan!” katanya.

Tanpa penyokong mereka, kelab Brazil bergantung kepada DJ namun ia pastinya tidak dapat mencipta suasana sebenar perlawanan yang pastinya mustahil.

Namun ia dapat membantu pasukan melupakan seketika kelaziman bola sepak selepas pihak berkuasa tidak membenarkan penyokong hadir di stadium kerana bimbang dengan penularan COVID-19. – AFP