Tuesday, October 15, 2024
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Guna dron kesan serangan pengganas

    SYDNEY, 19 Sept – Polis negeri Victoria Australia pada Rabu melancarkan Strategi Memerangi Keganasan 2018-2021, termasuk penggunaan dron untuk mengawasi serta memantau sebarang aktiviti keganasan.

    Menurut agensi berita Xinhua, anggota polis juga akan menjalani latihan secara dalam talian, bagi membolehkan mereka mengenal pasti individu berisiko melakukan keganasan.

    Memandangkan ancaman keganasan dalam pelbagai bentuk, Penolong Pesuruhjaya Polis Victoria Ross Guenther berkata, ancaman itu perlu ditangani sebaik mungkin.

    Dron akan digunakan untuk memantau orang ramai pada acara seperti final Liga Bola Sepak Australia yang bakal berlangsung.

    Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, polis Victoria telah membuat tangkapan dan mematahkan beberapa serangan terancang termasuk insiden di Melbourne.

    Dua insiden serangan pada tahun lepas tidak mempunyai kaitan dengan keganasan, sebaliknya penyerang menghadapi masalah mental. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda