Friday, April 19, 2024
24 C
Brunei

    -

    Guna dron, pengimbas haba kesan lokasi nahas

    WUZHOU, CHINA, 24 MAC – Pasukan pencari menggunakan dron dan peralatan pengimejan suhu, hari ini di kawasan pergunungan yang menjadi lokasi pesawat China Eastern Airlines terhempas bersama 132 orang di dalamnya.

    Empat hari selepas pesawat MU5735 terhempas di kawasan Wuzhou, selatan China, para pegawai masih belum mengisytiharkan kesemua 123 penumpang dan sembilan kru meninggal dunia.

    Cebisan mayat mangsa telah ditemui, kata pegawai hari ini, namun disebabkan kelajuan pesawat itu ketika jatuh dan menerobos dataran berlumpur, sebahagian rangka kapal terbang yang bertaburan serta barang milik penumpang dilihat bertebaran di seluruh lokasi nahas dan menyukarkan kerja-kerja pemulihan.

    “Kedalaman kawah terbentang ke bawah dari permukaan atas gunung kira-kira 20 meter,” kata Zhu Tao dari pihak berkuasa penerbangan China memberitahu wartawan.

    “Kebanyakan serpihan pesawat udara bertumpu di kawasan teras dalam radius kira-kira 30 meter dari tempat impak utama.”

    Nahas pada Isnin itu adalah bencana udara paling buruk China dalam tempoh tiga dekad dengan Presiden Xi Jinping segera mengarahkan siasatan penuh atas apa yang berlaku.

    Berdasarkan pengamatan wartawan AFP, seorang waris mangsa nahas berkenaan dilihat menyeka air mata sambil tubuhnya dipapah dua lelaki, ketika tiba di laluan masuk lokasi kejadian pagi tadi diselubungi perasaan pilu.

    Meskipun hujan, waris mangsa terbabit menyertai usaha pencarian dikendalikan pasukan bomba, polis dan wartawan di sekitar lokasi nahas yang dipenuhi serpihan pesawat ditemui.

    Ratusan saudara mangsa telah tiba di bandar selatan China, menunggu pengesahan yang menjadi kebimbangan terburuk mereka. – AFP

    Serpihan fiuslaj kapal China Eastern ketika mereka meneruskan pencarian di tapak nahas. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...