Guna kaedah ‘water bombing’ kawal kebakaran di Miri

KUCHING, 14 OGOS – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) akan menggunakan kaedah water bombing  untuk mengawal kebakaran tanah gambut di Kuala Baram, Miri.

Pengarah APMM Sarawak, Laksama Pertama Robert Teh Geok Chuan berkata dalam operasi itu, APMM akan menggunakan pesawat Bambardier CL415.

“Penglibatan APMM dalam operasi ini adalah untuk membantu pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan agensi lain yang berkaitan untuk bersama mengawal kebakaran belukar.

“Esok pagi sebuah pesawat dijangka tiba di Miri,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini. – Bernama