Guna media sosial perangi dadah

BANDAR MEXICO, 1 Julai 2013 – Penduduk di Bandar Mexico menggunakan Twitter dan blog melaporkan mengenai pertempuran jalanan dan pembunuhan di rantau-rantau yang dilanda perang dadah, sentiasa memaklumkan masyarakat mengenai jenayah berkumpulan yang mana surat-surat khabar terlalu takut untuk melaporkannya.

Dengan media tradisional kerap diintimidasi oleh kartel dadah, media sosial telah memberikan orang-orang Mexico satu cara bagi menaksir tentang bahaya-bahaya yang berlaku di pekan-pekan dan bandar mereka sendiri.

“Mereka membunuh seperti orang gila! Berlakunya tembakan di kejiranan Lazaro Cardenas, Jauhilah kawasan itu,” bunyi amaran yang ditulis dalam Twitter oleh seorang penulis di utara bandar Monterrey, pusat industri yang dilanda keganasan dadah.

Monterrey yang mendapati ianya terperangkap dalam adegan berbalas tembakan dalam perang di antara kartel Zetas dan kartel Gulf, hanyalah salah sebuah bandar di mana laporan jenayah dadah sedang berpindah ke media sosial.

Penganalisis dari Microsoft.com, diketuai oleh pengkaji warga Mexico Andres Monroy Hernandez, berikutan selama 16 bulan aktiviti Twitter bagi penduduk di Monterrey Reynosa, Saltillo dan Veracruz, semua bandar-bandar telah terjejas oleh kartel dadah.

Laporan mereka ‘The New War Correspondents. The rise of civic media curation in urban warfare’, kerap menggunakan perkataan seperti letupan bom, tembakan senjata api dan lelaki bersenjata di laman mikrobloging di antara Ogos 2010 dan November 2011.

Hanya satu pertiga warga Mexico mempunyai akses kepada Internet dan hanya 20 peratus dari mereka menulis di Twitter.

Tetapi di empat bandar yang dikaji oleh Microsoft.com, ada dua kali ganda pengguna Twitter daripada bandar AS seperti Seattle, kata Monroy Hernandez kepada AFP.

Kajian tersebut mendapati hari itu berlakunya aktiviti Twitter paling aktif pada 25 Ogos 2011 ketika para anggota Zeta membakar Casino Royale di Monterrey, menyebabkan 52 orang terkorban. Gambar dari serangan maut dan nama-nama mangsa telah dikongsikan 7,000 kali di laman sosial itu.

Penganalisis telah mengenalpasti beberapa akaun Twitter dilihat sebagai sumber yang mesti diikuti mengenai perkembangan terbaru dalam perang dadah tersebut.