Sunday, April 2, 2023
22.4 C
Brunei

-

Guna nama tokoh terkenal, rugi RM4.6j masuk aplikasi e-ganjaran

KUALA LUMPUR, 3 FEB – Menggunakan nama-nama tokoh terkenal, kerabat diraja, bekas pegawai kerajaan dan agamawan, menyebabkan ramai terpedaya hingga kerugian lebih RM4.6 juta, selepas menyertai skim penipuan aplikasi e-ganjaran (ganjaran dalam talian) yang menawarkan baucer sehingga 50 peratus sejak 2018.

Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antara-bangsa Malaysia (MHO) Datuk Hishamuddin Hashim berkata setakat ini, kira-kira 100 orang mangsa telah membuat laporan polis dan pihaknya percaya ramai lagi mangsa yang terlibat dengan lebih lagi jumlah kerugian.

Beliau berkata selain daripada tokoh-tokoh terkenal, sindiket yang menawarkan perkhidmatan baucar atau e-ganjaran itu, turut melibatkan pelbagai jenama terkenal antaranya Petronas atau Shell.

“Sindiket ini menawarkan orang ramai satu bentuk pelaburan, yang menawarkan mereka ganjaran atau baucar yang memberi mereka penjimatan sehingga 50 peratus. Kebanyakan vendor atau peniaga yang bersama dengan sindiket ini, terdiri daripada mereka yang mempunyai reputasi yang baik.

“Apa yang berlaku, ramai yang menyertai skim ini membeli baucar ini dan mereka beranggapan daripada pembelian baucar ini, mereka akan dapat subsidi serta diskaun pembelian barangan,” katanya dalam sidang media di hadapan di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul, di sini hari ini. – Bernama

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Hayashi bakal lawat China di tengah-tengah ketegangan

TOKYO, 31 MAC - Menteri Luar Jepun, Yoshimasa Hayashi hari ini berkata beliau akan mengadakan lawatan ke China hujung minggu ini untuk berbincang dengan...
- Advertisment -