Thursday, April 18, 2024
34.4 C
Brunei

    -

    Guna pusing keliling dengan cermat

    Sudah bertahun lamanya kita semua menggunakan pusing keliling besar di tengah-tengah ibu negara, sama ada untuk menuju ke Kiulap, Bandar Seri Begawan mahupun Gadong.

    Pusing keliling tersebut, yang mempunyai tiga laluan, bertujuan untuk melancarkan lalu lintas di kawasan tersebut yang merupakan ‘hotspot’ bagi orang kitani memandangkan ia berhampiran pusat perniagaan.

    Walaupun berkali-kali telah disiarkan tatacara penggunaan pusing keliling tersebut, saya dapati masih ada beberapa pemandu yang salah laluan di pusing keliling tersebut, di mana mereka mengambil laluan masuk ke kanan walaupun sepatutnya mengambil jalan keluar ke kiri, atau mengikuti garisan laluan jalan yang telah disediakan.

    Ia terjadi kepada saya sendiri, yang hampir membawa kemalangan kerana kecuaian yang ditimbulkan pemandu tersebut.

    Untuk mengatasi masalah ini, saya berharap pihak yang berwajib akan mengambil langkah bagi memastikan informasi mengenai tatacara penggunaan kemudahan tersebut diberigakan kepada orang ramai secara terus menerus kerana ia bukan sahaja untuk ‘refresh’ buat pemandu sedia ada malahan buat pemandu baharu memperoleh lesen.

    Nak Alai

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Utusan AS ke PBB berikrar sokong keluarga Jepun yang diculik Korea...

    TOKYO, 18 APRIL - Amerika Syarikat (AS) berdiri bersama Jepun sehingga semua warga Jepun yang diculik oleh Korea Utara beberapa dekad lalu pulang ke...