Thursday, April 18, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Guna QueUp dengan betul, sebaik mungkin

    Baru-baru ini tular di media sosial satu perkongsian barisan panjang orang ramai yang hendak berurusan di salah sebuah pejabat kerajaan.

    Apa yang menyedihkan lagi, perkara ini bukanlah sesuatu yang baharu berlaku dan sudah bertahun-tahun masih tiada penyelesaiannya malah agak teruk semenjak pembukaan sempadan negara.

    Agak mustahil jika dikatakan pihak relevan tidak mengehadkan keramaian yang dibenarkan berurusan dalam satu masa walhal dengan mengehadkannya akan memudahkan lagi pengurusan mereka dengan orang awam dan mengelakkan perkumpulan ramai di satu tempat. Berkemungkinan juga boleh dikatakan kesalahan ini sebenarnya datangnya daripada orang awam sendiri yang kurang memahami prosedur pihak relevan dan menganggap urusan mereka mudah dilaksanakan begitu sahaja.

    Sebenarnya pihak relevan sudah memberi kemudahan kepada orang awam melalui aplikasi QueUp bagi tempahan perjanjian. Aplikasi QueUp dibangunkan oleh pihak relevan itu bertujuan untuk memudahkan orang awam, namun ia kelihatan tidak digunakan dengan betul dan semaksimum mungkin.

    Jika kita hanya menyalahkan pihak relevan, kita sebagai orang awam juga perlu sedar dengan kesalahan yang kita lakukan selama ini kerana tidak menggunakan kemudahan yang disediakan.

    Memang tidak dinafikan banyak aduan mengenai aplikasi QueUp ini berikutan slot sentiasa penuh.

    Mungkin saja terdapat pengguna yang menempah lebih daripada satu slot dalam masa yang berbeza-beza dan hal ini membebankan orang lain yang sangat memerlukan.

    Dalam masa yang sama pihak relevan perlu memikirkan cara lain untuk menaiktarafkan lagi sistem aplikasi itu dan menambah slot serta menguar-uarkan kepada umum mengenai hadnya selain meningkatkan keberkesanannya.

    Sama-sama orang awam

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Terumbu Sawar Besar alami pemutihan karang paling teruk

    CANBERRA, 17 APRIL - Sebahagian besar Terumbu Sawar Besar yang ikonik di Australia mengalami pemutihan karang pada musim panas 2023-24, menurut laporan kerajaan. Agensi kerajaan...