Guna robot sebagai tenaga kerja

WUZHEN, China, 12 Jan – Robot-robot leper berwarna jingga meluncur di bawah kereta tidak bergerak dan membawanya ke ruang letak kereta kosong di China, menggunakan ruang dengan lebih cekap dan penciptanya mengatakan ‘mengurangkan tekanan pemandu.

Ia adalah salah satu dari sebilangan penyelesaian mekanikal, elegan dan mahal yang diambil oleh China ketika ia berdepan penduduk yang berusia, yang mana, malah di negara yang paling ramai penduduk di dunia, pekerja-pekerja sukar diperolehi.

Dengan tumpuan pada bilangan kereta yang semakin bertambah di jalan-jalan raya di China, Hikvision telah menguji sistem tempat letak robotik di Wuzhen, 130 kilometer, barat Shanghai.

“Teknologi dan skala industri masih pada peringkat sangat awal,” kata Wu Yonghai, ketua robotik syarikat itu.

“Ini adalah tentang mencari penyelesaian masalah tempat letak kereta.”

Gambar fail menunjukkan robot yang dipamerkan semasa persidangan robot dunia di Beijing yang lalu. Kebanyakan firma dalam sektor itu menumpu pada robot-robot industri daripada robot perkhidmatan sebagai tenaga kerja. – AFP
Gambar fail menunjukkan robot yang dipamerkan semasa persidangan robot dunia di Beijing yang lalu. Kebanyakan firma dalam sektor itu menumpu pada robot-robot industri daripada robot perkhidmatan sebagai tenaga kerja. – AFP

Kebanyakan firma dalam sektor itu menumpu pada robot-robot industri daripada robot perkhidmatan, jenis yang mungkin menyapu lantai pangsapuri atau bertindak sebagai peneman bagi orang tua.

Dengan tenaga kerja di China berkurangan di bawah impak dari dasar satu China yang kini diketepikan, ekonomi kedua terbesar dunia itu beralih kepada mesin untuk cuba mengisi kekosongan itu.

Penduduk umur bekerja – ditakrifkan sebagai mereka yang berusia dari 15 hingga 59 tahun – menurun buat pertama kali dalam beberapa dekad pada tahun 2012, menurut perangkaan rasmi, dan telah menurun sejak itu. ia dijangka terus menurun sehingga sekurang-sekurangnya tahun 2030 dan pertumbuhan ekonomi juga lembap.

China memutuskan untuk membenarkan pasangan suami isteri mempunyai anak kedua bermula tahun lalu tetapi kekurangan pekerja yang membimbangkan akan mengambil berdekad-dekad lamanya untuk ditangani, jika ada.

Negara itu telah pun menjadi pasaran terbesar di dunia bagi pembantu mekanikal dan ia semakin berkembang, menurut Persekutuan Robot Antarabangsa yang menganggarkan China akan diperkira 40 peratus dalam pasaran robot perindustrian sejagat menjelang 2019. – AFP