Thursday, April 18, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Guna teknologi AI perangi isu perkauman peminat

    THE HAGUE, 9 JUN – Tiga kelab bola sepak terkemuka Belanda mengambil bahagian dalam projek perintis menggunakan teknologi pintar (AI) bagi mengenal pasti dan memerangi tingkah laku perkauman oleh peminat, persekutuan bola sepak negara itu mengumumkan kelmarin.

    PSV yang berpangkalan di Eindhoven, Feyenoord di Rotterdam, dan PEC Zwolle telah memulakan tiga program berbeza yang direka bagi memerangi tingkah laku anti-sosial oleh peminat termasuk nyanyian berunsur perkauman.

    Di PSV, kamera dan peralatan bunyi akan digunakan bagi mengukur penglibatan peminat pada perlawanan dengan maklum balas terus kepada peminat untuk memotivasikan mereka dan menyanyi bersama. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Terumbu Sawar Besar alami pemutihan karang paling teruk

    CANBERRA, 17 APRIL - Sebahagian besar Terumbu Sawar Besar yang ikonik di Australia mengalami pemutihan karang pada musim panas 2023-24, menurut laporan kerajaan. Agensi kerajaan...