Saturday, April 20, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Gunakan ART yang disediakan

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 MEI – Mereka yang baru tiba ke negara ini dikehendaki untuk membuat ujian pantas antigen (ART) dengan menggunakan kit ART yang dikhaskan oleh pihak kerajaan yang mempunyai kod QR.

    Ini adalah untuk memastikan orang yang membuat ART itu tidak menukarnya dan dari sana juga pihak Kementerian Kesihatan berasa yakin dengan ART yang dikhaskan untuk individu itu selain mengelakkan supaya perkara-perkara tidak diingini berlaku.

    Perkara berkenaan ditegaskan oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar semasa memberi penjelasan kepada persoalan yang ditimbulkan pada sidang media, hari ini.

    Yang Berhormat Dato seterusnya menjelaskan, perubahan yang dibuat itu adalah untuk memudahkan penumpang yang tiba ke negara ini setelah melihat pada masa ini jumlah penumpang semakin ramai.

    “Sebelum ini kita ada membuat ujian PCR dan ART yang mana ini adalah untuk memastikan ujian ART yang dibuat itu tidak ada perbezaan dengan ujian PCR di mana hasil keputusan melalui ujian ART itu menunjukkan kesaksamaan dalam segi positiviti”.

    Menurutnya lagi, pihaknya tidak membuat PCR tapi hanya melakukan ART dan telah mendapati tidak ramai yang didapati positif semasa ujian dibuat dan di sana pihak kementerian juga telah mendapat keyakinan supaya ujian ART boleh dilakukan di rumah.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...