Gunakan khidmat perbankan dalam talian

Oleh Salawati Haji Yahya

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 SEPT – Orang ramai disarankan untuk menggunakan kaedah dalam talian bagi perkhidmatan perbankan mereka.

Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar turut menyarankan bagi orang ramai yang datang membuat perbankan di bank-bank, pihak perbankan diminta untuk memberi nasihat selain membantu orang ramai untuk menggunakan kaedah dalam talian yang sebenarnya lebih mudah.

“Dalam hal ini, semua perlu memainkan peranan penting dalam mengawal penularan COVID-19 di negara ini,” tekan Yang Berhormat Dato semasa sidang media di Kementerian Kesihatan, hari ini.

Gambar fail perbankan online Baiduri. Orang ramai digalakkan menggunakan perbankan dalam talian bagi transaksi yang dibuat dalam usaha mengawal penularan COVID-19 di negara ini.