Gunakan kreativiti dalam ‘Bazar Ramadan Online’

Wabak COVID-19 yang melanda negara kita sebahagiannya ada hikmah tersembunyi daripada Allah SWT, seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, penjanaan peluang pekerjaan adalah salah satu daripadanya yang menyaksikan sedikit peningkatan.

Pengumuman tentang peniadaan gerai Ramadan bagi tahun ini dan peluang berniaga secara dalam talian melalui e-kadai telah pun dibukakan kepada mereka yang ingin menyertainya. Saya menyarankan mereka yang mengikuti bazar Ramadan online ini untuk lebih kreatif, terutamanya dalam memberikan diskaun dan tarikan melalui pelbagai medium media sosial.

Jika ikutkan, pada waktu sukar ini, jika premis makanan memberikan diskaun hebat dan tarikan lain seperti beli satu percuma satu atau beli tiga percuma satu atau set dan kombo, maka perniagaan mereka pastinya akan menjana keuntungan dan boleh membantu sedikit sebanyak.

Maka ambillah peluang ini, kreatiflah dalam pengiklanan dan menarik hati pelanggan.

Suka Makan