Saturday, April 20, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Gundam tarikan utama di Fukuoka

    FUKUOKA – Bandar Fukuoka dengan pantas mendapat perhatian daripada peminat Mobile Suit Gundam, anime yang telah menikmati populariti kukuh di Jepun dan luar negara selama lebih 40 tahun.

    Sebagai salah satu tarikan utama di LaLaport Fukuoka, kemudahan komersial yang dibuka pada bulan April, patung robot Nu Gundam setinggi 25 meter telah didirikan. Model ini adalah model popular yang muncul dalam filem 1988 Mobile Suit Guandam: Char’s Counterattack.

    Gundam ialah harta intelek Bandai Namco Group, dan di dunia hanya terdapat empat patung Gundam rasmi yang dibenarkan oleh kumpulan itu: di Tokyo, Yokohama, Shanghai dan  yang terbaharu dan terbesar di Fukuoka.

    Pada 20 Mei lalu, kelihatan ramai pengunjung tidak melepaskan peluang merakam robot Gundam berkenaan dengan telefon bimbit mereka. Seorang lelaki berusia 51 tahun dari Wilayah Osaka gembira melihat lengan kanan robot itu diarahkan ke langit, bergerak mengikut muzik latar.

    “Ia sangat hebat, mengingatkan saya tentang anime yang pernah saya tonton,” katanya. Kompleks hiburan bertemakan Gundam yang dipanggil Gundam Park Fukuoka, juga telah dibuka di LaLaport Fukuoka, di mana pengunjung boleh merasai dunia Gundam melalui realiti maya. 

    Taman ini juga mempunyai kawasan membeli-belah dan keadaan begitu sesak oleh pengunjung pada hujung minggu dan waktu cuti. Di utara LaLaport menuju ke pusat bandar, terdapat satu lagi tempat yang telah menarik perhatian peminat Gundam iaitu Gundam Base Fukuoka, sebuah kedai besar khusus yang dibuka di kompleks komersial Canal City Hakata pada 2019 untuk menjual model Gundam atau Gunpla. – ANN/Japan News

    Orang ramai memandang ke arah patung Gundam di LaLaport Fukuoka, Bandaraya Fukuoka. – ANN/Japan News
    Kawasan membeli-belah di Gundam Park Fukuoka, kompleks hiburan di LaLaport Fukuoka. – ANN/Japan News

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China kecewa AS guna veto halang Palestin anggotai PBB

    BEIJING, 19 APRIL - Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) gagal meluluskan draf resolusi untuk menerima Palestin sebagai anggota rasmi Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)...