Gundogan tunjang utama City kejar UCL

LONDON, 23 FEB – Prestasi hebat Ilkay Gundogan memain- kan peranan penting dalam kebangkitan 10 mata Manchester City untuk menerajui puncak Liga Perdana Inggeris (EPL) ketika mereka menghampiri impian menjulang kejuaraan ketiga dalam empat musim.

Walau bagaimanapun, perjalanan terbaharu City untuk meraih trofi yang paling diinginkan mereka akan bermula semula pada minggu ini dengan pusingan pertama perlawanan Liga Juara-Juara mereka dalam kelompok 16 terakhir menentang Borussia Moenchengladbach.

Semasa pemain pembelian pertama Pep Guardiola tiba di Manchester, Gundogan menyertai projek untuk mengukuhkan persaingan kelab EPL tersebut di Eropah.

Meskipun memenangi enam kejuaraan utama dalam tempoh lima tahun dan besar kemungkinan meraih lebih banyak kejuaraan musim ini bersama City yang masih meneruskan perjuangan di kejohanan piala domestik, Liga Juara-Juara kekal menjadi kekecewaan buat Guardiola.

Semasa pengurus tersebut menjadi jurulatih, City tidak pernah layak melepasi peringkat suku akhir dalam empat percubaan.

Dengan mencatat 18 kemenangan berturut-turut dalam semua kejohanan, ia bukan kali pertama pendahulu EPL itu dicalonkan sebagai pasukan pilihan di Liga Juara-Juara.

Jika tahun ini ditakdirkan tahun mereka, pelaburan bernilai berbilion-bilion Sheikh Mansour akan terbayar dalam kejuaraan Liga Juara-Juara, Gundogan berkemungkinan akan menjadi pemain utama.

Pemain Jerman itu ketika ini mengharungi musim terbaiknya dengan 13 gol dalam semua kejohanan, 11 daripadanya dihasilkan dalam 13 penampilan terakhir perlawanan EPL.

Permainan Gundogan adalah lebih dari sekadar menjaringkan gol. Pemain tengah hebat yang jarang kehilangan bola, ketika cergas dia memenuhi karakter pemain yang disukai Guardiola. – AFP

Gambar fail aksi Ilkay Gundogan semasa pertemuan antara City dan Arsenal di Stadium Emirates, baru-baru ini. – AP