Sunday, April 20, 2025
31.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Guni berisi rokok dirampas

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 MEI – Sebanyak 11 karton rokok pelbagai jenama telah ditemukan oleh anggota Pasukan Simpanan Polis C Kompeni, Jabatan Gerakan, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) semasa operasi sepadu COVID-19 bersama anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) di Simpang 2302 Kampung Junjongan, Limau Manis.

    Dalam kejadian sekitar jam 9:45 pagi itu, anggota PPDB dan ABDB telah menemukan satu bekas guni dalam keadaan mencurigakan diletakkan di kawasan semak persekitaran kebun.

    Pemeriksaan ke atas bekas guni berkenaan mendapati sejumlah barangan tegahan berupa rokok berserta satu beg galas tanpa pemilik.

    Kesemua barang rampasan dibawa ke Balai Polis Limau Manis untuk siasatan lanjut sebelum diserahkan ke Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED).

    PPDB dalam kenyataannya menekankan bahawa pihak mereka akan terus memerangi jenayah rentas sempadan dan aktiviti-aktiviti yang menyalahi undang-undang serta tiada kompromi dalam soal jenayah di negara ini.

    Guni berisi rokok pelbagai jenama berserta beg galas ditemui semasa Operasi Sepadu COVID-19. – Gambar serahan PPDB
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda