Saturday, February 4, 2023
23.6 C
Brunei

-

Gunners keracunan makanan

SHANGHAI, 20 Julai – Beberapa pemain utama Arsenal tidak dapat beraksi akibat dilanda masalah keracunan makanan di Shanghai menjelang perlawanan persahabatan pra musim berdepan Bayern Munich, menurut pengurus Arsene Wenger.

Pemain skuad Wenger gagal menyaingi Bayern tetapi dapat menyamakan kedudukan pada saat akhir 1-1 dan menang 3-2 menerusi penentuan sepakan penalti.

Pemain pengurus dari Perancis itu turut berdepan masalah demam serta kesakitan melanda kem Arsenal termasuk bahang cuaca musim panas di China serta penerbangan jarak jauh jauh sekali memberi keselesaan membuat persiapan menghadapi kempen begitu mendesak.

Wenger tidak mendapat khidmat Olivier Giroud kerana keracunan makanan dengan kapten Per Mertesacker menarik diri sebelum perlawanan bermula kerana tidak sihat disebabkan masalah sama.

Pemain baru dibeli Sead Kolasinac terpaksa dikeluarkan sebelum tamat separuh masa sementara pemain gantian Aaron Ramsey dan Theo Walcott juga tidak cergas. Arsenal terkejut dengan aksi babak pertama apabila suhu mencapai 36 Celcius.

Wenger mengakui cuaca melampau di Shanghai ‘satu kejutan’ selepas mereka tiba dari Australia yang sedang mengalami musim sejuk.

“Kami bekerja keras pada Isnin dan Selasa tetapi sedikit kebimbangan menyebabkan kami berdepan masalah dan ia terserlah pada separuh masa pertama,” kata Wenger yang berdepan tekanan untuk membawa Arsenal semula ke Liga Juara Juara (UCL) musim ini.

“Ramsey menamatkan perlawanan dalam keadaan teruk manakala Walcott, Kolasinac, Mertesacker, Giroud, mereka semua mengalami keracunan makanan.” – AFP

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Bekas Menteri dijatuhi hukuman penjara 2 tahun

SEOUL, KOREA SELATAN, 3 FEB - Mahkamah Korea Selatan hari ini menjatuhkan hukuman penjara dua tahun kepada bekas Menteri Kehakiman, Cho Kuk, selepas dia...
- Advertisment -