Gunners menang tipis

LONDON, 12 SEPT – Arsenal mengurangkan tekanan terhadap pengurusnya, Mikel Arteta apabila mencatat kemenangan pertama di Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini semasa jaringan tunggal Pierre-Emerick Aubameyang menewaskan Norwich 1-0 semalam.

Jaringan kemenangan kapten Gunners itu pada minit ke-66 melepaskan tekanan semakin memuncak di Stadium Emirates dan seterusnya mengangkat pasukan itu dari kedudukan terbawah liga.

Arteta yang dilaporkan diberi empat perlawanan untuk menyelamatkan jawatannya selepas permulaan terburuk Arsenal dalam liga sepanjang 67 tahun mendedahkan rehat perlawanan antarabangsa adalah antara tempoh paling sukar dalam kariernya.

“Kami menderita tetapi saya tahu cara untuk menang perlawanan adalah seperti ini. Selepas tiga kekalahan ia akan menjadi lebih rumit,” kata Arteta kepada BBC.

“Perlu saya katakan, ia adalah yang terbaik sepanjang 10 atau 14 hari dalam karier profesional saya, bukan yang paling mudah, tetapi terbaik. – AFP

Aksi Thomas Partey semasa berusaha merampas bola dari Milot Rashica ketika perlawanan EPL di Stadium Emirates, London, kelmarin. – AP