Tuesday, December 3, 2024
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gunung berapi di Kamchatka dalam amaran bahaya lepas 3 letusan

    VLADIVOSTOK, 8 NOV – Gunung berapi Shiveluch di Semenanjung Kamchatka, Rusia, meletus tiga kali dalam tempoh 24 jam lepas, mendorong saintis memberi amaran mengenai bahaya aktiviti gunung berapi yang meningkat, lapor Xinhua memetik laporan media tempatan hari ini.

    Salah satu letusan itu amat kuat, menghamburkan debu setinggi 11 kilometer (km).

    Letusan berlaku di kubah lahar baharu berhampiran kubah Karan lama, menghasilkan aliran pyroclastic iaitu campuran gas panas, batu dan debu yang berbahaya, dan merebak sejauh kira-kira 11 km menuruni cerun di bahagian barat gunung berapi, menurut Institut Volcanology.

    “Letusan Shiveluch biasanya didahului oleh isyarat seismik yang ketara, tetapi letusan besar baru-baru ini dan pembentukan pusat letusan baharu menunjukkan perubahan dalam aktiviti gunung berapi itu,” kata Perkhidmatan Geofizik Rusia, cawangan Kamchatka yang memberi amaran letusan berkenaan ‘bukan sesuatu yang biasa’ bagi Shiveluch.

    “Sebelum letusan ini, aktiviti seismik berada pada tahap tidak begitu ketara, dengan hanya anomali haba kecil dan aktiviti wap-gas,” katanya.

    “Corak aktiviti baharu yang lebih tidak menentu ini bermakna Shiveluch menjadi lebih berbahaya,” tambahnya. – Bernama

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda